بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH, the Most Gracious, the Most Merciful

Saturday, July 30, 2011

Terma Dan Syarat


  1. Am
    1. Untuk Muslim Sahaja.
    2. Penyewaan adalah untuk sebuah rumah.
    3. Bayaran boleh dibuat secara tunai pada masa check-in atau ATM Transfer atau Online Transfer.
    4. Menghormati kawasan kejiranan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sehingga mengganggu jiran-jiran. *Terutama apabila telah larut malam.
    5. Menggunakan perabot dan peralatan yang disediakan dengan baik.
    6. Tutup suiz lampu, kipas dan air-cond apabila tidak digunakan atau apabila keluar rumah.
    7. Sila pastikan barangan anda tidak tertinggal semasa check out. Jika ada barangan berharga yang tertinggal sila hubungi segera dan anda perlu datang kembali untuk ambil sendiri. Sekiranya perlu untuk di pos, sila transfer wang untuk bayaran pos.
    8. Jika barang yang anda tertinggal dan anda rasa tidak berapa penting, harap dihalalkan dan menjadi tanggungjawab pihak homestay untuk memanfaatkannya jika berguna dan akan dilupuskan jika tidak perlu. Harap maklum.
  2. Mematuhi Hukum Syarak -
    1. Tidak dibenarkan percampuran lelaki dan perempuan yang tiada hubungan keluarga atau mahram untuk menyewa.
    2. Jika berkumpulan yang tiada hubungan mahram maka ia mestilah sama gender samada lelaki sahaja atau perempuan sahaja.
    3. Makanan dan minuman yang Halal sahaja. Tidak dibenarkan alkohol, dadah dan sebagainya.
    4. Syarat (2)(i, ii, dan iii) di atas adalah WAJIB dipatuhi untuk menyewa dan Pemilik Rumah berhak untuk membatalkan penyewaan serta-merta jika didapati ada perlanggaran syarat.
    5. Sekiranya didapati ada keraguan, kami akan meminta anda untuk mengemukakan kad pengenalan, sijil nikah atau bukti pertalian saudara yang mahram. Harap DiMaklumi.
    6. Tiada sebarang urusan jual beli semasa Khutbah dan Solat Jumaat. Apa-apa urusan tempahan, pertanyaan, melawat rumah, pembayaran, urusan check-in dan sebagainya boleh saja dilakukan sebelum atau pun selepas Solat Jumaaat.
  3. Tempahan
    1. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi nombor telefon yang tertera atau secara online. Sila semak kalendar tempahan untuk menentukan kekosongan.
    2. Deposit tempahan diperlukan bagi mengesahkan tempahan.
    3. Deposit tempahan adalah 50% mengikut berapa jumlah hari yang anda tempah.
    4. Bayaran Deposit tempahan adalah komitmen @ janji anda yang perlu disegerakan atau paling lewat bertempoh masa 24-48jam. Kami akan reserve tarikh tanpa deposit dalam tempoh 48jam. Selepas tempoh tersebut, jika tiada menerima apa-apa respond, anda dianggap tidak berminat dan tarikh yang anda minta adalah terbuka kepada orang lain.
    5. Jika terdapat beberapa tempahan pada hari yang sama maka tempahan akan diberikan kepada tetamu yang paling awal membuat bayaran deposit.
    6. Sebarang pembatalan tempahan mestilah dimaklumkan seminggu lebih awal untuk pemulangan deposit.
    7. Sila nyatakan bilangan penghuni semasa menempah. Jika bilangan penghuni terlalu ramai hingga melebihi had yang boleh ditampung oleh sebuah rumah, kemungkinan caj tambahan dikenakan.
    8. Resit akan dikeluarkan atas permintaan. Perhatian: Amaun pada resit adalah seperti harga yang dipersetujui dan mengikut bilangan hari menginap. Kami tidak akan keluarkan resit kosong atau menambah bilangan hari atau 'mark-up' harga pada resit. Harap maklum.
  4. Check-in / Check-out
    1. Check-in 2:00pm dan Check-out 12:00pm
    2. Jika tiada tetamu lain pada hari sebelumnya, boleh minta untuk check-in awal pada kadar masa yang wajar.
    3. Sila maklumkan terlebih dahulu jika anda perlu untuk check-in awal bagi menjamin kelancaran urusan.
    4. Permintaan untuk check-out lewat selepas 12:00pm tidak lagi dapat dibenarkan kerana akan menyebabkan gangguan kepada pelawat yang akan masuk kemudian.
    5. Diharap anda dapat merancang perjalanan anda dengan baik untuk menjamin kelancaran urusan.

Ruang Iklan

Iklan

 
Simply Simple® | Customized by Fizzi | 2011Ver.1.0.0